Archive for September, 2009

Reban Ayam Kampung Yang Bakal Siap

September 30th, 2009

Memandangkan ayam-ayam ini semakin membiak sukar untuk dikawal kerana banyak anak ayam telah menetas.Ada 5 ekor,8 ekor hingga 12 ekor pun ada. Jikalau ada 10 ekor ibu ayam memang pening kepala. Ini menyebabkan masalah-masalah lain yang timbul seperti datangnya pemangsa iaitu biawak,helang,burung hantu(helang kucing) dan ular hitam(ular tedung).Adakalanya pula anak-anak ayam ini terjatuh ke dalam longkang apabila ibunya mencari makanan di kawasan berdekatan.Terpaksalah..Get More

dsc00037

Share

Bila Raya Hampir Tiba

September 29th, 2009

Memandangkan beberapa hari saja hari raya saja akan tiba,maka banyak persediaan sedang dilakukan baik yang si miskin mahupun yang si kaya dan si jauh tak juga yang berdekatan.Ada yang sibuk membeli baju baru,langsir baru,kasut baru,kereta baru dan semua nya serba baru.Dalam sibuk membuat persediaan raya jangan lupa pula membayar zakat fitrah.Itu adalah harus dilakukan untuk membantu yang memerlukan.Get More

Share

Anai-anai Menyerang Reban

September 21st, 2009

Tetapi lain pula cerita mengenai reban ayam kampung ni.Bila kata waktu hujan saja memang mula lah operasi bawah tanah(underground) bermula.Memang pada mula nya setiap hari periksa reban untuk mengelakkan apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku.Rupa-rupanya anai-anai sudah….Get More

Share

Perbezaan Di antara Petai Padi dan Papan

September 19th, 2009

Petai padi dan petai papan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.Bagi laman okocha, petai papan atau dikenali petai raja amat diminati oleh siapa saja yang pernah rasa memakannya.Sesiapa yang meminati petai papan ini pasti orang itu akan bertanyakan kembali.Walaupun ia seakan-akan kedarung(sejenis petai juga) tetapi rasa keenakannya seakan lemak-lemak berbanding kedarung yang mempunyai rasa yang pahit.Petai papan yang mempunyai sifat yang lebar pada papannya dan isi(biji)nya pula sebesar ibu jari tangan.Jika kita bernasib baik petai papan boleh mencapai sebesar ibu jari kaki.Sifatnya yang besar menaikkan selera para penggemar petai.Ia sukar didapati dalam satu tangkai mempunyai  ada banyak papan berbanding petai padi yang menghasilkan banyak papan dalam satu tangkai.Isi petai papan mudah dikopek dan lembut.Jika petai papan mencapai usia matang,isinya dipotong empat untuk sesuap nasi bagi orang tidak biasa makan petai kerana isinya besar.

dsc00059

Rajah di atas menunjukkan saiz petai dibandingkan dengan jari manusia.

Lain pula pada petai padi yang mempunyai isi yang kecil sedikit daripada petai papan dan papan nya pula rapat pada isi.Pada usia matang,petai padi akan berwarna hijau gelap dan berkilat di atas pokok.Kebanyakan tangkai petai yang menjadi akan menghasilkan banyak papan dalam satu tangkai.Ia boleh menghasilkan 20 papan dalam satu tangkai.Kulitnya pula agak liat apabila dikopek dan isi agak lebih lemak sedikit berbanding petai papan tetapi isi nya pula kecil.

dsc00056

Rajah di atas menunjukkan papan petai padi rapat dengan isinya.

Share

Petai Ulaman Kegemaran Semua

September 18th, 2009

Petai adalah sejenis buahan yang  dijadikan sebagai ulaman yang paling popular dikalangan masyarakat melayu.Salah satu khasiat petai dapat mengurangkan penyakit darah tinggi.Walaupun baunya agak kurang menarik pada sesetengah orang tetapi ia juga menarik minat bukan saja di kalangan orang Melayu tetapi petai juga telah menjadi salah makanan ulaman bagi kaum Cina dan India.

Pada masa dahulu pokok petai hanya boleh didapati di dalam kawasan hutan dan agak sukar untuk mendapatkannya.Hanya orang yang arif dalam selok-belok hutan saja boleh memperolehi petai tetapi dengan kepakaran kajian yang dibuat oleh MARDI dan Jabatan Pertanian,benih pokok petai boleh didapati  dan boleh ditanam dikawasan rumah.Dalam pasaran sekarang jenis pokok petai padi adalah jenis petai mudah di dapati.Di laman okocha hanya dua jenis petai ditanam iaitu petai padi dan petai papan(raja)

dsc000601

Rajah di atas menunjukkan petai yang ditanam dilaman okocha.Kiri adalah petai papan manakala kanan adalah petai padi

Share

Ayam Diberi Enzim Babi

September 17th, 2009

KUALA LUMPUR: Mungkinkah ayam daging yang diternak di negara ini diberi enzim babi untuk mempercepatkan tumbesarannya?

Isu itu kini hangat diperkatakan di kalangan masyarakat Islam negara ini berikutan penyebaran satu e-mel yang membangkitkan persoalan sejauh mana ayam di Malaysia boleh dijamin bebas daripada enzim tidak halal, terutama babi.

E-mel itu mendapat perhatian dan memberi pengaruh besar kepada orang ramai kerana dakwaan dibuat turut disokong fakta daripada kajian saintifik yang dilakukan di luar negara.

Mengikut e-mel itu, penggunaan makanan tambahan berbentuk ‘hidrolisis protein’ yang diperbuat daripada enzim babi dan bahan buangan haiwan seperti kulit lembu yang tidak diketahui status sama ada halal atau tidak daripada cara sembelihannya, dikesan di Eropah.

Enzim sama kini dipercayai digunakan secara meluas di beberapa negara di Asia, sekali gus menimbulkan persoalan besar sama ada ia turut digunakan di Malaysia berikutan ayam daging di negara ini kini pelik ciri fizikalnya.

Kami menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang meminta pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci mengenai dakwaan di dalam e-mel itu bagi memastikan umat Islam di negara ini tidak disogokkan makanan haram tanpa disedari.

Antara dakwaan di dalam e-mel itu dan faktanya disokong pemanggil ialah, ayam di pasar kini mudah busuk jika dibiarkan terdedah beberapa minit, menyebabkan peniaga sering menyembur air untuk memastikan ia kelihatan segar dan menghilangkan bau hanyir.

Mengulas dakwaan e-mel berkenaan, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengaku kewujudan enzim itu, tetapi tidak tahu sejauh mana meluas penggunaannya di Malaysia kerana ‘kecanggihan’ enzim itu memerlukan ujian makmal yang sukar serta mahal untuk dikesan penggunaannya.

Pegawai Penyelidik CAP, Hatijah Hashim, berkata enzim babi memang digunakan untuk mempercepatkan tumbesaran ayam di luar negara seperti Eropah, Amerika Syarikat, Belanda, Brazil dan China, namun pihaknya tidak ada laporan tepat mengenai penggunaannya di negara ini kerana tidak pernah menjalankan kajian berhubung isu itu.

“Bagaimanapun, kita tidak menolak terus dakwaan di dalam e-mel itu. Kita berharap agensi kerajaan berkaitan menjalankan kajian terperinci bagi mengenal pasti sama ada benar atau tidak maklumat di dalam e-mel itu.

“Ini kerana ayam adalah makanan utama bagi penduduk negara ini, termasuk orang Islam. Ia satu isu besar yang memerlukan pengesahan berdasarkan ujian makmal, bukan hanya berdasarkan pengakuan penternak,” katanya kepada Metro Ahad.

Hatijah juga mengesahkan, ayam di negara ini diberi hormon dan antibiotik untuk menyihat dan menggemukkannya.

Katanya, di Eropah, Amerika Syarikat, Belanda, Brazil dan China, ayam disuntik dengan gelatin bertujuan menambah kandungan air, sekali gus berat badan ayam juga meningkat. Enzim babi pula digunakan untuk mempercepatkan tumbesaran ayam.

“Namun kami tidak tahu sama ada gelatin berkenaan, enzim babi atau bahan buangan lain yang diragui status halalnya turut digunakan oleh penternak di negara ini,” katanya.

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) turut memandang serius dakwaan di laman web itu kerana membabitkan isu yang sensitif bukan saja kepada umat Islam tetapi juga kesihatan semua pengguna.

Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata sebelum ini negara dikejutkan dengan laporan mengenai ikan patin diberi makan usus babi bagi memastikan ia segar dan bersaiz besar.

“Justeru, apabila tersebarnya mengenai enzim babi digunakan untuk mempercepat proses tumbesaran dan mengemukkan ayam, ia bukan sesuatu yang tidak masuk akal atau boleh diketepikan begitu saja.

“Fomca meminta kerajaan menjalankan siasatan menyeluruh bukan saja ke atas ayam yang dijual di pasar, tetapi juga ladang ternakan,” katanya.

Mohd Yusof berkata, Fomca tidak bersetuju dengan pemberian pelbagai antibiotik, hormon atau vaksin kerana ia boleh memberi kesan sampingan, apatah lagi jika benar dakwaan pemberian enzim babi ke atas ternakan.

Katanya, dalam situasi sekarang, perkara itu tidak mustahil jika penternak mengetepikan tanggungjawab mereka, sebaliknya lebih mementingkan keuntungan berikutan kenaikan mendadak kos ternakan.

Bagi pengguna pula, beliau meminta supaya lebih peka dengan fizikal ayam yang dijual.

“Jika lihat ayam berbeza daripada biasa atau saiznya keterlaluan, tanya peniaga mengenai puncanya dan andainya masih was-was, jangan beli,” katanya.

Sementara itu, doktor perubatan yang kini mengusahakan ladang ayam organik, Dr Mohamad Zainol Ahmad Haja, yang dikaitkan di dalam e-mel berkenaan berkata, beliau mengetahui mengenai enzim itu menerusi jurnal penyiasatan Felicity Lawwrence di laman web The Ecologist yang turut disiarkan BBC di United Kingdom.

Katanya, Ekologi ialah kajian mengenai hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya.

“Siasatan Felicity Lawrence membuktikan makanan tambahan berbentuk ‘hidrolisis protein’ yang menggunakan enzim babi dan bahan buangan haiwan digunakan secara meluas di Eropah, terutama Jerman dan Belanda.

“Makanan tambahan daripada babi dan bahan buangan ini murah. Ia berkemampuan memendekkan tempoh matang ayam hanya kepada 28 hingga 30 hari berbanding tempoh sebenar 35 hingga 40 hari,” katanya.

Bagaimanapun, kata Dr Mohamad Zainol, penggunaan ‘hidrolisis protein’ sukar dibuktikan kerana memerlukan teknik pecahan sel yang rumit untuk menentukan kandungan enzim khinzir dan bahan buangan haiwan berbanding sel ayam sebenar.

“Bagaimanapun, ujian makmal di Eropah sebagaimana didedahkan Felicity Lawrence menunjukkan seekor ayam yang dibekalkan enzim ini didapati hanya mempunyai 40 peratus daging dan sel ayam sebenar, manakala baki 60 peratus lagi sel babi,” dakwanya.

Beliau mengaku tidak tahu sama ada penternak mencampur enzim sama di dalam makanan ayam mereka untuk mempercepatkan tumbesarannya.

“Yang pasti, ada penternak beretika dan mungkin ada yang tidak. Namun, melihat rupa ayam yang pelik hari ini, saya berasa siasatan perlu dijalankan untuk mengelak perasaan was-was membelenggu masyarakat Islam di negara ini.

“Memandangkan harga makanan ayam kini mahal, kemungkinan ada penternak menggunakan enzim berkenaan memang tinggi. Bayangkan jika seekor ayam dapat dijual hanya pada usia 28 hari berbanding 40 hari sepatutnya, makanan ayam dapat dikurangkan selama 12 hari. Ini penjimatan yang besar,” katanya. Petikan….Get more

Share

Rumah Ayam

September 16th, 2009

Apabila waktu membiak, ayam-ayam kampung ini akan bertelur dan meneram di tempat yang terdedah kepada bahaya pemangsa seperti anjing,biawak dan ular sawa. Ramai orang luar datang ke rumah yang ingin ayam kampung tidak dapat membeli ayam kerana sukar untuk menangkap ayam-ayam tersebut. Maka…Get more

telur-ayam1

Rajah di atas menunjukkan tempat atau sarang bertelur ayam di dalam reban.

Share

Kawasan Penternakan Ayam Kampung

September 15th, 2009

Dengan tanah berkeluasan 1.5 hektar yang sedia ini dapat memberi ruang penternakan ayam kampung ini untuk membiakan lagi ayam-ayam tersebut….Get more

Share

Rumah Ayam

September 14th, 2009

Apabila waktu membiak, ayam-ayam kampung ini akan bertelur dan meneram di tempat yang terdedah kepada bahaya pemangsa seperti anjing,biawak dan ular sawa. Ramai orang luar datang ke rumah yang ingin ayam kampung tidak dapat membeli ayam kerana sukar untuk menangkap ……<get more>

reban

Gambarajah di atas menunjukkan contoh reban yang dibuat secara penternakan komesial

Share

Menternak Ayam Kampung

September 13th, 2009

Projek ayam kampung adalah salah satu projek komersial pada baru-baru ni mendapat sambutan di sektor makanan ayam . Ia mendapat sambutan kerana ayam kampung bebas daripada penggunaan ubat-ubat kimia dan ia adalah mudah diperlihara serta tahan lasak. Oleh kerana itu mendapat idea untuk memajukan pemeliharaan ayam kampung ke peringkat komersil. Sememangnya sebelum ini ayam kampung di rumah sudah dipelihara sejak bertahun-tahun sehinggakan ayam-ayam ini mendiami di merata-rata tempat dan tidur di atas pokok rambutan,jambu batu dan durian serta ada yang berpindah atau berhijrah ke rumah jiran-jiran berdekatan.

Share