Seronok apabila memberi makan ayam-ayam kampung ini. Selalunya bila waktu mereka sedang lapar, ayam-ayam kampung saya ini akan tunggu di muka pintu seakan-akan mengetahui akan kedatangan tuannya. Ini lah karenah ayam-ayam kampung saya jika waktu makan baik pagi mahupun petang.

Setelah masuk ke dalam kawasan kurungan sememangnya kecoh tetapi bila bagi saja makan terus senyap masing-masing macam budak kecil.See more
Assalammualaikum, saya berminat dalam bidang penyernakan ayam ini. tapi sebelum tu saya ingin bertanya kepada anda yang sudah berpengalaman dalam bidang ini. pertanyaan saya ialah:
1) berapa modal untuk membuat reban utk 100 ekor ayam kampung?
2) Berapa lama ayam kampung di ternak sebelum ia dituai?
3) apakah ancaman2 dan cara mengatasinya?
Walaikum salam.Reban yang ada itu berukuran 40 kaki x 70 kaki.Dalam lingkungan itu boleh memuatkan sebanyak 500 ekor ayam.Kos bahan anggaran RM 5xxx pada tahun 2009.Ini adalah anggaran oleh jabatan Veterinar.Bagi pengalaman saya pula,ukuran keluasan reban ini boleh memuatkan sebanyak saja untuk ayam kampung asli kerana ayam-ayam ini ganas dan lasak.Jikalau ayam kampung kacuk mungkin boleh sebanyak itu.
Ayam kampung dalam lingkungan 6 bulan boleh dituai
Banyak ancaman terhadap ayam kampung ini dari segi cuaca,penyakit,musuh atau pemangsa.
macamana nak dapatkan bantuan untuk anak anak ayan …bolehkan saya dapatkan contactnya…atau mana mana jabatan pertanian yg menyediakan perkhidmatan tersebut.
Salam nik suhaimi.untuk mendapatkan bantuan anak-anak adalah sukar kerana beberapa faktor tetapi untuk mendapat bekalan benih anak ayam amat mudah kerana sudah banyak pembekal telah wujud.Untuk bagi pihak nik boleh lah rujuk ke jabatan veterinar daerah atau ibu pejabat.Di sana terdapat banyak info.
salam sy wan
dr kl,sy skg mncari bkalan aym kmpong sbnyk 1000 ekor setiap hr untuk pasaran
ni no fon sy 0129338195 jika ada bknln blh sy ambil dr encik?
macamana nak dapatkan bantuan suntikan untuk anak anak ayam …bolehkan saya dapatkan contactnya…atau mana mana jabatan pertanian yg menyediakan perkhidmatan tersebut.
Bagaimana dgn pasaran tempatan dan luar negeri darisegi sambutannya?
boleh tau tak nik ni asal dari mana?biasa nya pengunaan suntikan ini digunakan untuk ternakan ayam secara besar-besaran.harga satu botol suntikan kecil itu mencapai ratusan ringgit dan boleh digunakan pada anggaran lingkungan 1000 ekor ayam.Ia pula boleh bertahan hanya beberapa jam sahaja selepas dibuka dan mestilah dalam keadaan suhu sekeliling dingin untuk memastikan vaksin tersebut hidup.Biasa penternak kecil-kecilan menggunakan ubat air anti stress dan pembersihan kawasan reban serta menggunakan EM.
Penternakan ayam kampung asli ini belum lah begitu meluas serta penjualan ia dan kadar pertumbuhan ia pun lambat.Jika menternak ayam ini kita kena memastikan samada ada permintaan ke di tempat kita?jika belum jangan tunggu lagi cepat2 lah ternak lagipun ayam kampung ini kerana ia tidak ‘basi’ berbanding ayam daging.Kalau dah berjaya boleh lah buat pasaran luar negara pula.Selamat mencuba.
Assalamualaikum W.B.R.K.T dan selamat sejahtera…. di sini ada offer baru…
stock anak ayam kampung dah ada… boleh order dah sekarang…:)
a) Anak ayam kampung (DOC) = RM 1.95 SAHAJA / seekor
(Kuantiti stock: 1000 – 5000 ekor)
b) Anak ayam kampung kacuk (ayam kacuk) (DOC) = RM 1.95 SAHAJA / seekor
(kuantiti stock: Nak order berapa banyak pun boleh)
Penghantaran = boleh dirundingkan (PAHANG, TERENGGANU, SELANGOR)
P/S: sila order 2 minggu awal dari tarikh dikehendaki untuk pihak kami memeriksa stock…
Haniff (017-8113275)
hanifftajudin86@yahoo.com
Cara pembayaran:
Tempahan dikenakan deposit 50%
Terima anak ayam = lebihan 50%
assalamualaikum…
saya ingin mengetahui lebih mendalam bagaimana untuk menternak ayam kampung.
bolehkah saya membuat lawatan ke ladang penternakan encik?
wan:0177776151