Penyakit Newcastle Disease(ND) juga dikenali sebagai penyakit Sampar Ayam adalah disebabkan oleh jangkitan sejenis virus.Penyakit ini boleh menyebabkan kematian ayam yang tinggi sehingga boleh mencapai pada kadar 70-100%.Penyakit ini boleh menjangkiti manusia yang menyebabkan penyakit mata.Wabak ND sering berlaku di Malaysia setiap tahun.Impak penyakit ini boleh memberi impak yang buruk terhadap ekonomi negara.Oleh itu jangkitan wabak penyakit ND perlu dikawal dan dibasmi dengan segera.
Tanda klinikal jangkitan penyakit seperti ternakan tidak cergas dan monyok,kepala teleng,kemerahan (hemoraj) pada kaki,kematian ayam berterusan bertambah banyak pada kadar yang tinggi (luar biasa) melebihi 3 hingga 100%.
Langkah pencegahan
A. Tanggungjawab orang awam
- Lapor setiap kes kematian ayam dengan segera kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar(JPV) yang berhampiran
B. Kawalan pergerakan
- Kawalan pergerakan di antara penternakan yang dijangkiti virus dengan yang tidak dijangkiti.
C. Suntikan vaksin untuk mencegah jangkitan penyakit
- Suntikan vaksin adalah berkesan untuk menghalang dari penularan jangkitan wabak ND.
- “Flock Profile” boleh membantu program pemvaksin untuk mengenalpasti tahap immuniti ayam di ladang.
D. Asing,singkir dan musnah
- langkah pembasmian wabak ND adalah pemusnahan ayam(stamping out).Pemusnahan ini dijalankan untuk melenyapkan perumah virus ND.Ini boleh memastikan risiko penularan penyakit dapat dikawal.
- Pemusnahan perlu dibuat dengan pantas untuk memendekkan tempoh virus membiak dan tersebar
E. Kaedah Pelupusan
- Pelupusan dengan menanam karkas ayam perlu dijalankan dengan segera,sebaik-baiknya dikawasan ternakan yang sama.Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko virus dibawa keluar dari kawasan berjangkit
- pembakaran karkas ayam boleh dijalankan jika kaedah ini tidak menimbulkan masalah alam sekitar
F. Pemusnahan lain-lain produk dan sisa
- bahan seperti makanan,tinja dan telur boleh boleh menjadi pembawa virus
- bahan ini tidak boleh dibawa keluar / dipindah dari kawasan yang terjangkit dan perlu dimusnahkan dan dilupuskan
- bahan organik perlu ditanam dan dikambus terlebih dahulu sebelum keseluruhan kawasan didekotaminasi
- bagi ternakan yang terletak dikawasan yang mempunyai paras air yang tinggi,pastikan kawasan pelupusan ditimbus secara membukit
DISINFEKSI DAN DEKONTAMINASI
Disinfeksi dan dekontaminasi perlu dijalankan terhadap perkara-perkara berikut
- Kawasan reban
- bekas makanan dan minuman
- pakaian kerja dan bahan berasaskan kain
- kenderaan
- peralatan ladang
Jenis-jenis disinfektan yang sesuai
- Larutan 4% sodium karbonat
- Larutan karbonat dehidrat
- Larutan 2% Sodium Hidrosida
- Dettol,lysol,lindores,losan dan lain-lain

Vaksin yang selalu digunakan