Posts Tagged ‘Ayam Kampung’

Wabak Yang Melanda

March 29th, 2011

Sejak akhir ini cuaca panas yang tak menentu melanda di negara kita ini memberi impak yang besar terhadap ternakan dan tanaman.Ini merupakan satu ujian dari Ilahi supaya mengingati umatNya supaya beriman dan tidak melupakan suruhanNya.Para alim ulama mengatakan ia mungkin bala yang diturunkan oleh Allah SWT pada sesuatu negeri itu tanpa mengira manusia akibat sikap kufur dan takbur memerintah bumi Allah SWT.Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang beriman dan bertakwa.

Ditempat saya atau di mana-mana kedengaran banyak ternakan mati dan mengalami kepayahan hidup akibat perubahan cuaca panas yang boleh dianggap sebagai wabak penyakit.Ini kerana masalah yang berlaku melarat hingga ke serata negeri.Lembu-lembu,kambing-kambing mengalami ‘stress’ sehinggakan apabila ingin melahirkan anak pun menemui jalan buntu kerana ‘bukaan’nya kecil.Petai yang hampir menjadi dengan tetiba papannya hitam begitu saja.

Serai sukar untuk bercambah anaknya dan terus layu dan mati begitu saja.Penyakit tompok-tompak hitam dibatangnya yang menyebabkan batangnya menjadi lebut.Hingga ada mengatakan harga serai melambung akibat kekurangan stok.Oleh itu marilah kita memanjat kesyukuran dan memohon agar dijauhi musibah yang melanda.Amin.

Share

Kisah Cuaca Panas Teruk

March 25th, 2011

Cuaca panas terik baru-baru melanda membawa impak yang besar kepada petani-petani dan penternak di negara kita ini apabila menjelang bulan januari hinggalah pertengahan bulan mac.Bermula daripada perubahan musim itu Allah SWT ingin menguji hamba-hambanya tentang erti kesabaran dan sentiasa mengingati akan kebesaran kuasa-Nya.Maka terjadi segala macam penyakit pada serai,buah pisang,petai-petai tak menjadi dan ayam-ayam kampung saya.

Walaupun segala cara dilakukan tetapi ia sudah menjadi ketetapan yang Maha Esa.Ayam-ayam kampung saya mati bergelimpangan dari hari ke hari sehingga kawasan reban ayam kampung licin bagaikan ‘padang jarak padang terkukur’.Telah di kuarantin,dibakar bangkai dan diberi ubat air tetap begitu.Adakalanya tak sampai sehari demam ayam-ayam kampung ini ia mati serentak.Penyakit yang dikenali sebagai sampar ayam.

Mungkin ia menjadi iktibar dan panduan untuk mempelajari lagi tentang ilmu menternak ayam kampung ini secara komersial.Semoga Allah mempermudahkan lagi perjalanan dan murah rezeki pada masa akan datang.

See more video

Share

Benih anak ayam baru

February 22nd, 2011


Selepas perayaan tahun baru cina ayam kampung habis dijual maka penternak telah memasukkan benih anak-anak ayam kampung yang baru bagi memastikan stok ayam kampung sentiasa berterusan pada masa akan datang.Maka semakin riang ria mereka apabila dimasukkan ke kawasan yang lebih luas dengan berlari ke sana sini bergurau di antara satu sama lain.

Setelah penat, anak-anak ayam ini makan macam pirana apabila diberi makan nasi lebihan dengan banyak tidak sampai setengah jam nasi sudah habis.Ini lah kehidupan seharian mereka.Kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.See more

Share

Ayam Betina dara lebih diminati daripada ayam jantan

January 26th, 2011


Memandangkan tahun baru cina hampir tiba maka semakin meningkatlah permintaan ayam-ayam di pasaran di samping ayam kampung ini.Bagi masyarakat cina lebih-lebih lagi jiran-jiran cina saya sudah menjenguk ke tempat pemeliharaan ayam kampung ini untuk menempah bilangan ayam yang mereka mahu.Akan tetapi yang agak pelik tu mereka lebih berminat ayam betina dara atau ayam betina yang belum pernah bertelur yang berusia lingkungan beratnya 0.8kg hingga 1.5kg.Maka untuk membiakkan ayam-ayam kampung asli ini agak sukar jika pembeli lebih suka ayam betina berbanding ayam jantan.

Apabila ditanya mengapakah mereka suka ayam betina kerana ayam betina yang belum bertelur amat tinggi khasiatnya lebih-lebih lagi jika dibuat ubat.Kebiasaannya mereka akan merebus ayam betina muda ini kerana mahukan lendir-lendir daripada hasil rebus itu dalam periuk yang dicampurkan dengan herba-herba.Hasilnya jika diminum boleh menyegarkan badan dan mudah berpeluh dan permakanan  ini diamalkan sebulan sekali.

Maka semakin banyaklah ayam-ayam jantan yang ada dan mungkin akan ‘mengganas’ apabila kekurangan ayam betina :-)

Share

Ayam Jantan Lebih Banyak Daripada Ayam Betina

January 9th, 2011

Menjadi masalah baru-baru ini adalah benih-benih yang terhasil kebanyakan adalah jantan. Apabila ayam-ayam ini meningkat dewasa,ayam induk atau bapak ayam menjadi ancaman kepada mereka. Ia bermula apabila ayam-ayam jantan muda sudah mula pandai mengawan.Habis dibelasah sehingga mati. Oleh kerana itu ayam-ayam jantan ini tidak boleh disimpan lama yang menjadi stok untuk pelanggan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan. Bagaimana caranya untuk mengekalkan stok-stok ayam jantan berlebihan ini daripada dikerjakan oleh ayam bapak atau ayam-ayam sebaya ?

Share

Senarai Syarikat Ayam Kampung & Warna

August 13th, 2010

umur-3hari

Gambar Hiasan

No    Syarikat                                                   Phone                      Fax
1    FFM Sdn.Bhd                                        03-61565888    03-61570027
2    Medan Juara Sdn.Bhd                      07-8826539    07-8826525
3    S.Long Heng Sdn.Bhd                       04-5887381    04-5587381
4    KFC                                                          03-20263388     03-20260282
5    Sinmah Breeder Sdn.Bhd                06-5561293    06-5562445
6    CP Holdings                                          03-31763061    03-31763242
7    Zenxin Algriculture Sdn.Bhd        07-7739922    07-7743398
8    Eminent Farm Sdn.Bhd                    03-33419301    03-33438839
9    DBE Sdn.Bhd                                         05-6914650    05-6917854
10    Leong Hup Breeder Farm             03-79801304    03-79821636
11    Dindings Sdn.Bhd                              05-6912218    05-6778533
12    KAMI Farming Sdn Bhd                  04-5887320    04-5884739
13    LKPP Sdn.Bhd                                     019-3572708    03-20956808
14    Yithai Breeding Farm                      012-2240018    06-5520078
15    TD Poultry Sdn.bhd                          09-6183633    09-6176691
16    Huat Lai Broiler Breeder                 06-2686315    06-2686327
17    CAB Sdn Bhd                                         04-3982233    04-3973197
18    GSM Sdn Bhd                                         04-5887627    04-5888568
19    Pinwee Breeding Farm Sdn Bhd    06-5548810    06-5548809
20    Shungshing Sdn Bhd                          04-5824892    04-5827372
21    Zue Heng Sdn.Bhd                               04-5887027    04-5880267
22    Pw Breeder Farm (Taiping)             05-8414454    05-8414454
23    Pertanian Tani Jaya Sdn Bhd          06-4317485    06-4316485

Maklumat di atas adalah rujukan kepada penternak yang mahukan bekalan benih yang berdekatan.Kesulitan di atas amat dikesali kerana tak begitu kemas

Share

Suasana Apabila Diberi Makan

June 12th, 2010

Seronok apabila memberi makan ayam-ayam kampung ini. Selalunya bila waktu mereka sedang lapar, ayam-ayam kampung saya ini akan tunggu di muka pintu seakan-akan mengetahui akan kedatangan tuannya. Ini lah karenah ayam-ayam kampung saya jika waktu makan baik pagi mahupun petang.

ayam-makan

Setelah masuk ke dalam kawasan kurungan sememangnya kecoh tetapi bila bagi saja makan terus senyap masing-masing macam budak kecil.See more

Share

Musang Mengganas

December 18th, 2009

Baru-baru saya seperti biasa saya bangun pagi-pagi lagi untuk bersiap untuk memberi makan ayam.Nasi lebihan di dapur digaul dengan kuah malam tadi dicampurkan kerana ayam-ayam saya lebih suka makan nasi dengan kuah.Saya kedengaran bunyi riuh ayam-ayam kampung yang bebas berbunyi bising.Alangkah terkejutnya saya apabila melihat ayam-ayam kampung yang dikurung di dalam reban sebanyak lebih kurang 80 ekor mati bergelimpangan di sana-sini.Saya ingatkan mati disebabkan penyakit rupa-rupanya mati disebabkan benda lain.

dsc00040Saya memeriksa melihat ada yang tidak sempurna dan ada yang mati bergitu saja dengan tertinggal kesan gigit.bulu-bulu ayam bersepah di sana-sini.Anak-anak ayam berkecai seumpama diserang dengan bom tangan.Apabila difikir ini bukan lah angkara anjing sebab reban saya lengkap berpagar,kalau biawak ia tidak serang pada waktu malam.Sah ni bukan mereka,ni mesti angkara sang musang.Barangkali ia panjat naik ke atas bumbung

Saya masih tak berpuas hati kerana hampir semua ayam-ayam saya dibunuh walhal ia sudah makan seekor dua ayam.Saya masih tercari-cari dari arah mana ia panjat.Tiba-tiba alangkah terkejutnya saya kerana jaring dipasang sebagai dinding reban dikoyak begitu saja.Betul kuat gigi musang ini.Ia mengambil langkah susah mengoyakkan jaring besi ini untuk masuk ke dalam reban.

dsc00037

Kawasan reban ayam saya terbahagi kepada dua bahagian satu untuk ayam dewasa dan ayam kecil.Pada jaring yang terkoyak ini merupakan kawasan anak-anak ayam.Tidak cukup ayam-ayam yang sedang meningkat naik mati dibunuh,musang yang buas ni tidak puas apa yang ia lakukan pergi ke sebelah dengan menguraikan jaring pagar rumah yang sungguh kuat ini.Saya hampir pening kepala dengan perilaku sebegini.Musang jenis apakah ini?Get more….

dsc00043

Share

Reban Ayam Kampung Yang Bakal Siap

September 30th, 2009

Memandangkan ayam-ayam ini semakin membiak sukar untuk dikawal kerana banyak anak ayam telah menetas.Ada 5 ekor,8 ekor hingga 12 ekor pun ada. Jikalau ada 10 ekor ibu ayam memang pening kepala. Ini menyebabkan masalah-masalah lain yang timbul seperti datangnya pemangsa iaitu biawak,helang,burung hantu(helang kucing) dan ular hitam(ular tedung).Adakalanya pula anak-anak ayam ini terjatuh ke dalam longkang apabila ibunya mencari makanan di kawasan berdekatan.Terpaksalah..Get More

dsc00037

Share

Bila Raya Hampir Tiba

September 29th, 2009

Memandangkan beberapa hari saja hari raya saja akan tiba,maka banyak persediaan sedang dilakukan baik yang si miskin mahupun yang si kaya dan si jauh tak juga yang berdekatan.Ada yang sibuk membeli baju baru,langsir baru,kasut baru,kereta baru dan semua nya serba baru.Dalam sibuk membuat persediaan raya jangan lupa pula membayar zakat fitrah.Itu adalah harus dilakukan untuk membantu yang memerlukan.Get More

Share