Posts Tagged ‘Pendidikan’

Stok ayam kampung pada bulan Jun dan Julai 2012

February 2nd, 2012

Baru-baru ini anak-anak ayam kampung saya dapat diturunkan lebih kurang 70 ekor.Penetasan tersebut memberi suntikan semangat saya untuk mempertambahkan lagi bilangan ayam kampung saya ini.Ia juga selari dengan jatuh nya bulan puasa dan raya.Sekurang-kurangannya tak ada lah pelanggan merungut bekalan ayam kampung tidak mencukupi.

Dengan bilangan ayam kampung yang bertambah ini memberi suntikan semangat saya untuk mempertingkatkan lagi produktiviti dan kualiti pada penternakan ayam kampung saya ini.Semoga Allah SWT memberkati usaha saya ini.See more

Share

Menggunakan Serkap Untuk Memastikan Anak Ayam Kampung Sihat

December 10th, 2011

Pada umur lingkungan 1   hingga 2 bulan anak ayam kampung perlu lah dikurung untuk memastikan pembesaran ia adalah terkawal daripada risiko mati.Di antara nya jika anak ayam kampung tidak dijaga dengan baik dan betul berkemungkinan anak ayam kampung mudah dijangkiti penyakit,kesejukan, kurang mendapat zat makanan minuman akibat perlu bersaing dengan ayam yang lebih dewasa dan dibunuh oleh pemangsa.

Anak ayam kampung perlulah dikurung bersama-sama ibu ayam atau ditambah dalam kurungan dengan mentol jika tanpa ibu ayam untuk mendapat haba daripada menjadi stress.Jika anak-anak ayam kampung ini stress maka mudahlah ia dijangkiti penyakit.Anak ayam kampung akan menjadi lemah,moyok,kurang selera makan,kepak jatuh,selsema,mencungap (seperti ikan mengambil udara di permukaan air),terkena penyakit mata berair atau bengkak,bulu tidak lagi kembang.

Selain daripada menggunakan reban asuhan yang berkaki kerana mengelakkan daripada tahi yang mengandungi penyakit dan amonia adalah menggunakan serkap bagi pengawalan anak ayam.Serkap ini adalah kurungan mudah alih yang mengurungkan ibu ayam tetapi ia membolehkan anak ayam bebas.Dengan kaedah ini kawasan serkap sentiasa bersih dan anak ayam kampung  tidak tertumpu pada satu tempat.Kawasan serkap akan jadi bersih jika ibu ayam kampung sentiasa kais dan anak ayam kampung tidak mudah makan tahinya sendiri yang berisiko penyakit.Dengan cara ini anak ayam boleh riadah dengan kawasan yang lebih luas.See More

Menggunakan Serkap dikatakan anak ayam lebih sihat berbanding dalam kurungan

Share

Herba untuk ayam kampung

September 16th, 2011

Sejak kebelankangan ini anak ayam kampung saya menunjukkan simptom atau tanda-tanda tidak segar dan tidak bermaya.Keadaan ini mula merisaukan saya kerana takut jika perkara lama berulang kembali iaitu kematian secara mengejut dan mendadak.Saya mula merasa hairan kenapa perkara ini berlaku kerana pada peringkat awal saya telah memberi vaksin Newcastle Disease (ND) tetapi simptom mencungap dan banyak tidur.

Dengan tidak melengahkan masa saya telah menghubungi pegawai veterinar Alor Gajah En Jaafar untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada beliau.Dengan segera beliau telah datang ke reban saya untuk melihat keadaan yang telah berlaku.Beliau menyatakan anak-anak ayam ini terkena penyakit puru iaitu bengkak-bengkak kecil pada muka yang awalnya saya menganggap ia adalah gigitan nyamuk.Ayam ini kekurangan zat makanan lalu mencadangkan sebelum anak-anak ayam kampung ini hendak turun tanah perlulah diberikan vitamin selama seminggu sebelum diturunkan.Reban didik pula hendaklah menghadap terbit matahari supaya mendapat khasiat.

En Jaafar mengatakan kadang-kadang jika kita memberi vitamin dalam bentuk minum belum tentu cukup bertahan untuk penyakit lain.Oleh itu ayam-ayam kampung perlulah diberikan tumbuh-tumbuhan dari luar reban yang merupakan herba bagi ayam-ayam kampung ini.

Ayam-ayam kampung tahu tumbuh-tumbuhan ini memberi khasiat kepada kesihatan ia tanpa kita mengetahui penyakit apa yang bakal mereka akan dapat.See More

Share

Ayam Dilepaskan dua minggu sekali

September 1st, 2011

Ayam-ayam ini akan dilepaskan pada waktu pagi sebelum diberi makan untuk nikmati rumput-rumput diluar kawasan reban bagi memastikan ayam-ayam kampung ku ini mendapat zat dan khasiat pada tumbuh-tumbuhan semulajadi.Secara tak langsung memberi antibodi kepada ayam-ayam ini.Masa kan kita mendengar ayam hutan mati sakit di dalam hutan.Jarang sekali bukan.Selepas ayam-ayam ini dapat melakukan riadah diluar ayam-ayam ini akan dipanggil untuk diberi makanan supaya senang masuk semula.Kalau lepaskan ayam-ayam kampung ini selepas diberi makan,jawabnya nya sampai petang pun belum tentu nak masuk kawasan reban semula.Apabila ayam terlalu banyak pula terpaksa mengambil tumbuh-tumbuhan ke dalam reban.See More

 

Share

Pengeraman Menggunakan Inkubator

August 28th, 2011


Penggunaan inkubator adalah salah satu cara digunakan untuk menetaskan telur.Dipasaran ada dua jenis mesin inkubator iaitu manual dan automatik.Inkubator adalah satu sistem pengeraman menggunakan mentol untuk memanaskan telur yang dikawal oleh temostat mengikut masa dan pengesanan suhu dalam kotak inkubator.

Air juga disediakan untuk memastikan kawasan dalam inkubator sentiasa  keadaam lembab.Pengeraman telur ayam kampung  menggunakan inkubator ini perlulah memusingkan telur pada bahagian atas ke bawah dan yang bawah ke atas supaya memanasan telur dibuat sekata.Memusingkan telur dibuat sebanyak dua atau tiga kali sehari.Ini adalah cara mengunakan inkubator manual manakala automatik ia melakukan pemusingan atau golekan secara automatik.

Tempoh penetasan  iaitu pada hari ke 18 hingga 23.Jika ia tidak berhasil maka telur itu dianggap rosak.Bagi saya inkubator ini digunakan apabila ayam betina ini bertelur dengan banyak dalam satu masa.Ketika itu sarang untuk meneram tidak mencukupi.Jika ia tidak dilakukan takut telur-telur ini akan masuk angin.Jika inkubator penuh juga terpaksalah makan saja telur-telur tersebut.Inkubator ini boleh digunakan untuk meneram telur ayam yang tak habis dieram. Banyak kegunaan inkubator ini bukan?Syok kadang-kadang guna inkubator ini.See More

Share

Ayam Betina Punca Pembiakan Hama

July 23rd, 2011


Baru-baru ini banyak ayam-ayam betina meneram tidak menjadi telurnya.Ada yang telurnya masuk angin,pecah,berebut meneram dan bila jadi atau menetas,peratusan anak ayam mati adalah tinggi.Apabila meneliti dengan lebih dekat lagi bahawa sarang meneram ayam kampung ini telah penuh dengan hama.Hama ini membiak dengan begitu banyak lalu menghisap darah yang boleh mengakibatkan ibu ayam kampung tersebut menjadi pucat dan kurus.Kadang-kadang ibu ayam kampung tersebut selalu keluar dari sarang meneram akibat tidak tahan gatal.Ini boleh mengakibatkan telur mudah terganggu dan tidak stabil untuk menjadi.Jika menjadi pun anak-anak ayam ini mudah lemah dan akhirnya mati akibat dihisap darah oleh hama dan gatal.Saya pun tidak tahu menggambarkan seksanya anak ayam tersebut sedangkan manusia pun tidak tahan gatalnya.

Apabila diteliti bahawa ayam yang saya dapat ini memang mempunyai banyak hama berbanding ayam kampung yang saya pelihara sebelumnya.Selalunya bila ayam kampung lama meneram dan menetas jarang ada hama atau jumlah yang kecil tetapi ayam kampung baru ini punya lah banyak seperti ‘berpasir’ dan kasar2 hamanya.Apabila setiap sarang baru dibuat pasti ada hama yang baru muncul.Oleh itu saya membuat kesimpulan bahawa hama ini wujud dengan banyaknya berpunca daripada pembawakan ayam betina.

Maka langkah terdekat pada masa ini,saya terpaksa menyembur racun hama pada sarang dalam keadaan sarang dalam keadaan kosong iaitu tanpa telur dan ayam.Manakala ayam betina yang belum meneram saya memandikan ia dengan syampoo anti hama dan kutu.See more

 

Share

Reban baru

July 19th, 2011

Alhamdulillah berkat doa dan usaha saya serta rahmat dari Nya. Akhirnya saya telah berjaya telah menyiapkan reban atau sangkar ayam bagi mengawal anak-anak ayam kampung ini. Ini memberi lembaran baru bagi saya meningkatkan lagi hasil ternakan saya pada masa akan datang.  Oleh itu dengan adanya reban kurungan ini, ia membolehkan ayam-ayam kampung ini dijaga dan kawal dengan rapi. Ia boleh mengawal kadar penetasan,kematian anak-anak ayam,kawalan penyakit dan mengurung hasil penuaian.

 

 

 

Share

Penyakit Newcastle Disease(ND)

May 9th, 2011

Penyakit Newcastle Disease(ND) juga dikenali sebagai penyakit Sampar Ayam adalah disebabkan oleh jangkitan sejenis virus.Penyakit ini boleh menyebabkan kematian ayam yang tinggi sehingga boleh mencapai pada kadar 70-100%.Penyakit ini boleh menjangkiti manusia yang menyebabkan penyakit mata.Wabak ND sering berlaku di Malaysia setiap tahun.Impak penyakit ini boleh memberi impak yang buruk terhadap ekonomi negara.Oleh itu jangkitan wabak penyakit ND perlu dikawal dan dibasmi dengan segera.

Tanda klinikal jangkitan penyakit seperti ternakan tidak cergas dan monyok,kepala teleng,kemerahan (hemoraj) pada kaki,kematian ayam berterusan bertambah banyak pada kadar yang tinggi (luar biasa) melebihi 3 hingga 100%.

Langkah pencegahan

A. Tanggungjawab orang awam

  • Lapor setiap kes kematian ayam dengan segera kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar(JPV) yang berhampiran

B. Kawalan pergerakan

  • Kawalan pergerakan di antara penternakan yang dijangkiti virus dengan yang tidak dijangkiti.

C. Suntikan vaksin untuk mencegah jangkitan penyakit

  • Suntikan vaksin adalah berkesan untuk menghalang dari penularan jangkitan wabak ND.
  • “Flock Profile” boleh membantu program pemvaksin untuk mengenalpasti tahap immuniti ayam di ladang.

D. Asing,singkir dan musnah

  • langkah pembasmian wabak ND adalah pemusnahan ayam(stamping out).Pemusnahan ini dijalankan untuk melenyapkan perumah virus ND.Ini boleh memastikan risiko penularan penyakit dapat dikawal.
  • Pemusnahan perlu dibuat dengan pantas untuk memendekkan tempoh virus membiak dan tersebar

E. Kaedah Pelupusan

  • Pelupusan dengan menanam karkas ayam perlu dijalankan dengan segera,sebaik-baiknya dikawasan ternakan yang sama.Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko virus dibawa keluar dari kawasan berjangkit
  • pembakaran karkas ayam boleh dijalankan jika kaedah ini tidak menimbulkan masalah alam sekitar

F. Pemusnahan lain-lain produk dan sisa

  • bahan seperti makanan,tinja dan telur boleh boleh menjadi pembawa virus
  • bahan ini tidak boleh dibawa keluar / dipindah dari kawasan yang terjangkit dan perlu dimusnahkan dan dilupuskan
  • bahan organik perlu ditanam dan dikambus terlebih dahulu sebelum keseluruhan kawasan didekotaminasi
  • bagi ternakan yang terletak dikawasan yang mempunyai paras air yang tinggi,pastikan kawasan pelupusan ditimbus secara membukit

DISINFEKSI DAN DEKONTAMINASI

Disinfeksi dan dekontaminasi perlu dijalankan terhadap perkara-perkara berikut

  • Kawasan reban
  • bekas makanan dan minuman
  • pakaian kerja dan bahan berasaskan kain
  • kenderaan
  • peralatan ladang

Jenis-jenis disinfektan yang sesuai

  1. Larutan 4% sodium karbonat
  2. Larutan karbonat dehidrat
  3. Larutan 2% Sodium Hidrosida
  4. Dettol,lysol,lindores,losan dan lain-lain

 

Vaksin yang selalu digunakan

Share

Ayam Jantan Lebih Banyak Daripada Ayam Betina

January 9th, 2011

Menjadi masalah baru-baru ini adalah benih-benih yang terhasil kebanyakan adalah jantan. Apabila ayam-ayam ini meningkat dewasa,ayam induk atau bapak ayam menjadi ancaman kepada mereka. Ia bermula apabila ayam-ayam jantan muda sudah mula pandai mengawan.Habis dibelasah sehingga mati. Oleh kerana itu ayam-ayam jantan ini tidak boleh disimpan lama yang menjadi stok untuk pelanggan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan. Bagaimana caranya untuk mengekalkan stok-stok ayam jantan berlebihan ini daripada dikerjakan oleh ayam bapak atau ayam-ayam sebaya ?

Share

Susun Atur Semula

May 20th, 2010

Salam sejahtera semua kepada pelawat-pelawat semua… Setelah lama menyepikan diri akhirnya syukur pada takdirNYa. Akibat serangan musang yang mengganas dengan membunuh ternakan ayam kampung, saya telah mengambil iniasitif untuk menternak semula ayam-ayam kampung semula. Saya telah menangkap seberapa banyak ayam yang bebas di luar untuk dibiakkan semula di dalam kawasan penternakan.

ayam-makan-5

Setelah menangkap seekor musang pandan,tiada lagi gangguan musang sehingga hari ini. Alhamdulillah saya dapat meneruskan penternakan dan pembiakan ayam kampung yang tak seberapa banyak ini tapi akan dibiakkan lagi pada masa akan datang.Ibu-ibu ayam   di kahwinkan di dalam kawasan kurungan bersama seekor ayam jantan dengan nisbah 1:10. Anak-anak yang sedang meningkat membesar di luar dimasukkan juga dalam kawasan penternakan.

Share