Memandangkan beberapa hari saja hari raya saja akan tiba,maka banyak persediaan sedang dilakukan baik yang si miskin mahupun yang si kaya dan si jauh tak juga yang berdekatan.Ada yang sibuk membeli baju baru,langsir baru,kasut baru,kereta baru dan semua nya serba baru.Dalam sibuk membuat persediaan raya jangan lupa pula membayar zakat fitrah.Itu adalah harus dilakukan untuk membantu yang memerlukan.Get More
Posts Tagged ‘Perniagaan’
Bila Raya Hampir Tiba
September 29th, 2009Perbezaan Di antara Petai Padi dan Papan
September 19th, 2009Petai padi dan petai papan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.Bagi laman okocha, petai papan atau dikenali petai raja amat diminati oleh siapa saja yang pernah rasa memakannya.Sesiapa yang meminati petai papan ini pasti orang itu akan bertanyakan kembali.Walaupun ia seakan-akan kedarung(sejenis petai juga) tetapi rasa keenakannya seakan lemak-lemak berbanding kedarung yang mempunyai rasa yang pahit.Petai papan yang mempunyai sifat yang lebar pada papannya dan isi(biji)nya pula sebesar ibu jari tangan.Jika kita bernasib baik petai papan boleh mencapai sebesar ibu jari kaki.Sifatnya yang besar menaikkan selera para penggemar petai.Ia sukar didapati dalam satu tangkai mempunyai ada banyak papan berbanding petai padi yang menghasilkan banyak papan dalam satu tangkai.Isi petai papan mudah dikopek dan lembut.Jika petai papan mencapai usia matang,isinya dipotong empat untuk sesuap nasi bagi orang tidak biasa makan petai kerana isinya besar.

Rajah di atas menunjukkan saiz petai dibandingkan dengan jari manusia.
Lain pula pada petai padi yang mempunyai isi yang kecil sedikit daripada petai papan dan papan nya pula rapat pada isi.Pada usia matang,petai padi akan berwarna hijau gelap dan berkilat di atas pokok.Kebanyakan tangkai petai yang menjadi akan menghasilkan banyak papan dalam satu tangkai.Ia boleh menghasilkan 20 papan dalam satu tangkai.Kulitnya pula agak liat apabila dikopek dan isi agak lebih lemak sedikit berbanding petai papan tetapi isi nya pula kecil.

Rajah di atas menunjukkan papan petai padi rapat dengan isinya.
Kawasan Penternakan Ayam Kampung
September 15th, 2009Dengan tanah berkeluasan 1.5 hektar yang sedia ini dapat memberi ruang penternakan ayam kampung ini untuk membiakan lagi ayam-ayam tersebut….Get more
Rumah Ayam
September 14th, 2009Apabila waktu membiak, ayam-ayam kampung ini akan bertelur dan meneram di tempat yang terdedah kepada bahaya pemangsa seperti anjing,biawak dan ular sawa. Ramai orang luar datang ke rumah yang ingin ayam kampung tidak dapat membeli ayam kerana sukar untuk menangkap ……<get more>

Gambarajah di atas menunjukkan contoh reban yang dibuat secara penternakan komesial
Menternak Ayam Kampung
September 13th, 2009
Projek ayam kampung adalah salah satu projek komersial pada baru-baru ni mendapat sambutan di sektor makanan ayam . Ia mendapat sambutan kerana ayam kampung bebas daripada penggunaan ubat-ubat kimia dan ia adalah mudah diperlihara serta tahan lasak. Oleh kerana itu mendapat idea untuk memajukan pemeliharaan ayam kampung ke peringkat komersil. Sememangnya sebelum ini ayam kampung di rumah sudah dipelihara sejak bertahun-tahun sehinggakan ayam-ayam ini mendiami di merata-rata tempat dan tidur di atas pokok rambutan,jambu batu dan durian serta ada yang berpindah atau berhijrah ke rumah jiran-jiran berdekatan.