Posts Tagged ‘Pertanian’

Stok ayam kampung pada bulan Jun dan Julai 2012

February 2nd, 2012

Baru-baru ini anak-anak ayam kampung saya dapat diturunkan lebih kurang 70 ekor.Penetasan tersebut memberi suntikan semangat saya untuk mempertambahkan lagi bilangan ayam kampung saya ini.Ia juga selari dengan jatuh nya bulan puasa dan raya.Sekurang-kurangannya tak ada lah pelanggan merungut bekalan ayam kampung tidak mencukupi.

Dengan bilangan ayam kampung yang bertambah ini memberi suntikan semangat saya untuk mempertingkatkan lagi produktiviti dan kualiti pada penternakan ayam kampung saya ini.Semoga Allah SWT memberkati usaha saya ini.See more

Share

Menggunakan Serkap Untuk Memastikan Anak Ayam Kampung Sihat

December 10th, 2011

Pada umur lingkungan 1   hingga 2 bulan anak ayam kampung perlu lah dikurung untuk memastikan pembesaran ia adalah terkawal daripada risiko mati.Di antara nya jika anak ayam kampung tidak dijaga dengan baik dan betul berkemungkinan anak ayam kampung mudah dijangkiti penyakit,kesejukan, kurang mendapat zat makanan minuman akibat perlu bersaing dengan ayam yang lebih dewasa dan dibunuh oleh pemangsa.

Anak ayam kampung perlulah dikurung bersama-sama ibu ayam atau ditambah dalam kurungan dengan mentol jika tanpa ibu ayam untuk mendapat haba daripada menjadi stress.Jika anak-anak ayam kampung ini stress maka mudahlah ia dijangkiti penyakit.Anak ayam kampung akan menjadi lemah,moyok,kurang selera makan,kepak jatuh,selsema,mencungap (seperti ikan mengambil udara di permukaan air),terkena penyakit mata berair atau bengkak,bulu tidak lagi kembang.

Selain daripada menggunakan reban asuhan yang berkaki kerana mengelakkan daripada tahi yang mengandungi penyakit dan amonia adalah menggunakan serkap bagi pengawalan anak ayam.Serkap ini adalah kurungan mudah alih yang mengurungkan ibu ayam tetapi ia membolehkan anak ayam bebas.Dengan kaedah ini kawasan serkap sentiasa bersih dan anak ayam kampung  tidak tertumpu pada satu tempat.Kawasan serkap akan jadi bersih jika ibu ayam kampung sentiasa kais dan anak ayam kampung tidak mudah makan tahinya sendiri yang berisiko penyakit.Dengan cara ini anak ayam boleh riadah dengan kawasan yang lebih luas.See More

Menggunakan Serkap dikatakan anak ayam lebih sihat berbanding dalam kurungan

Share

Musim petai berbuah kembali

September 23rd, 2011


Memandangkan sudah lama tidak hujan,akhirnya sudah tiba musim hujan kembali.Musim hujan yang turun membantu buah petai membesar dengan cepat sekali.Walaupun disiram di setiap hari apabila sudah berputik belum tentu buah yang menjadi dapat membesar dengan cepat.Baru-baru ini hujan turun lebat di kawasan Durian Tunggal,Melaka rumah saya lalu saya tersenyum lebar kerana ada peluang besar buah  petai membesar dengan cepat.Hujan sering turun membuatkan lebih cepat lah buah ini dipetik…..Ini lah hasil buah tersebut daripada rahmat tuhan.

 

Bapaku pesan buah petai ini masak berperingkat-peringkat.Insyallah rezeki murah 1 oktober 2011 ni tuai lagi.Boleh tahan hasil tuaian petai ni kan :-)

Ni ada permulaan atau tuaian pertama diberikan kepada jiran-jiran.Selepas pusingan kedua adalah untuk di jual

 

 

 

 

 

Share

Ayam Dilepaskan dua minggu sekali

September 1st, 2011

Ayam-ayam ini akan dilepaskan pada waktu pagi sebelum diberi makan untuk nikmati rumput-rumput diluar kawasan reban bagi memastikan ayam-ayam kampung ku ini mendapat zat dan khasiat pada tumbuh-tumbuhan semulajadi.Secara tak langsung memberi antibodi kepada ayam-ayam ini.Masa kan kita mendengar ayam hutan mati sakit di dalam hutan.Jarang sekali bukan.Selepas ayam-ayam ini dapat melakukan riadah diluar ayam-ayam ini akan dipanggil untuk diberi makanan supaya senang masuk semula.Kalau lepaskan ayam-ayam kampung ini selepas diberi makan,jawabnya nya sampai petang pun belum tentu nak masuk kawasan reban semula.Apabila ayam terlalu banyak pula terpaksa mengambil tumbuh-tumbuhan ke dalam reban.See More

 

Share

Pengeraman Menggunakan Inkubator

August 28th, 2011


Penggunaan inkubator adalah salah satu cara digunakan untuk menetaskan telur.Dipasaran ada dua jenis mesin inkubator iaitu manual dan automatik.Inkubator adalah satu sistem pengeraman menggunakan mentol untuk memanaskan telur yang dikawal oleh temostat mengikut masa dan pengesanan suhu dalam kotak inkubator.

Air juga disediakan untuk memastikan kawasan dalam inkubator sentiasa  keadaam lembab.Pengeraman telur ayam kampung  menggunakan inkubator ini perlulah memusingkan telur pada bahagian atas ke bawah dan yang bawah ke atas supaya memanasan telur dibuat sekata.Memusingkan telur dibuat sebanyak dua atau tiga kali sehari.Ini adalah cara mengunakan inkubator manual manakala automatik ia melakukan pemusingan atau golekan secara automatik.

Tempoh penetasan  iaitu pada hari ke 18 hingga 23.Jika ia tidak berhasil maka telur itu dianggap rosak.Bagi saya inkubator ini digunakan apabila ayam betina ini bertelur dengan banyak dalam satu masa.Ketika itu sarang untuk meneram tidak mencukupi.Jika ia tidak dilakukan takut telur-telur ini akan masuk angin.Jika inkubator penuh juga terpaksalah makan saja telur-telur tersebut.Inkubator ini boleh digunakan untuk meneram telur ayam yang tak habis dieram. Banyak kegunaan inkubator ini bukan?Syok kadang-kadang guna inkubator ini.See More

Share

Ayam Betina Punca Pembiakan Hama

July 23rd, 2011


Baru-baru ini banyak ayam-ayam betina meneram tidak menjadi telurnya.Ada yang telurnya masuk angin,pecah,berebut meneram dan bila jadi atau menetas,peratusan anak ayam mati adalah tinggi.Apabila meneliti dengan lebih dekat lagi bahawa sarang meneram ayam kampung ini telah penuh dengan hama.Hama ini membiak dengan begitu banyak lalu menghisap darah yang boleh mengakibatkan ibu ayam kampung tersebut menjadi pucat dan kurus.Kadang-kadang ibu ayam kampung tersebut selalu keluar dari sarang meneram akibat tidak tahan gatal.Ini boleh mengakibatkan telur mudah terganggu dan tidak stabil untuk menjadi.Jika menjadi pun anak-anak ayam ini mudah lemah dan akhirnya mati akibat dihisap darah oleh hama dan gatal.Saya pun tidak tahu menggambarkan seksanya anak ayam tersebut sedangkan manusia pun tidak tahan gatalnya.

Apabila diteliti bahawa ayam yang saya dapat ini memang mempunyai banyak hama berbanding ayam kampung yang saya pelihara sebelumnya.Selalunya bila ayam kampung lama meneram dan menetas jarang ada hama atau jumlah yang kecil tetapi ayam kampung baru ini punya lah banyak seperti ‘berpasir’ dan kasar2 hamanya.Apabila setiap sarang baru dibuat pasti ada hama yang baru muncul.Oleh itu saya membuat kesimpulan bahawa hama ini wujud dengan banyaknya berpunca daripada pembawakan ayam betina.

Maka langkah terdekat pada masa ini,saya terpaksa menyembur racun hama pada sarang dalam keadaan sarang dalam keadaan kosong iaitu tanpa telur dan ayam.Manakala ayam betina yang belum meneram saya memandikan ia dengan syampoo anti hama dan kutu.See more

 

Share

Reban baru

July 19th, 2011

Alhamdulillah berkat doa dan usaha saya serta rahmat dari Nya. Akhirnya saya telah berjaya telah menyiapkan reban atau sangkar ayam bagi mengawal anak-anak ayam kampung ini. Ini memberi lembaran baru bagi saya meningkatkan lagi hasil ternakan saya pada masa akan datang.  Oleh itu dengan adanya reban kurungan ini, ia membolehkan ayam-ayam kampung ini dijaga dan kawal dengan rapi. Ia boleh mengawal kadar penetasan,kematian anak-anak ayam,kawalan penyakit dan mengurung hasil penuaian.

 

 

 

Share

Induk Baru Ayam Kampung Dimasukkan Untuk Stok Akan Datang

May 11th, 2011

Baru-baru ini saya telah mengalami satu pengalaman yang agak mengerikan apabila kawasan ternakan ayam kampung saya telah dilanda penyakit yang menyebabkan hampir 95% kematian.Dengan berkat kesungguhan saya dan minat terhadap ayam kampung ini,saya tetap meneruskan usaha saya untuk meneruskan usaha bagi mengekalkan stok atau permintaan daging ayam kampung asli secara berterusan.Saya terus mencari dan mencari benih ayam kampung asli dengan kuantiti yang banyak.Berkat kesungguhan untuk menternak ayam, Allah swt telah membuka jalan dengan menemukan seorang kenalan yang sudi memberikan saya induk ayam kampung asli.Semoga perkara-perkara yang berlaku menjadi pengajaran pada saya untuk terus bangun dan bertindak dengan pantas untuk jadi orang yang hebat. :-) See more

Share

Wabak Yang Melanda

March 29th, 2011

Sejak akhir ini cuaca panas yang tak menentu melanda di negara kita ini memberi impak yang besar terhadap ternakan dan tanaman.Ini merupakan satu ujian dari Ilahi supaya mengingati umatNya supaya beriman dan tidak melupakan suruhanNya.Para alim ulama mengatakan ia mungkin bala yang diturunkan oleh Allah SWT pada sesuatu negeri itu tanpa mengira manusia akibat sikap kufur dan takbur memerintah bumi Allah SWT.Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang beriman dan bertakwa.

Ditempat saya atau di mana-mana kedengaran banyak ternakan mati dan mengalami kepayahan hidup akibat perubahan cuaca panas yang boleh dianggap sebagai wabak penyakit.Ini kerana masalah yang berlaku melarat hingga ke serata negeri.Lembu-lembu,kambing-kambing mengalami ‘stress’ sehinggakan apabila ingin melahirkan anak pun menemui jalan buntu kerana ‘bukaan’nya kecil.Petai yang hampir menjadi dengan tetiba papannya hitam begitu saja.

Serai sukar untuk bercambah anaknya dan terus layu dan mati begitu saja.Penyakit tompok-tompak hitam dibatangnya yang menyebabkan batangnya menjadi lebut.Hingga ada mengatakan harga serai melambung akibat kekurangan stok.Oleh itu marilah kita memanjat kesyukuran dan memohon agar dijauhi musibah yang melanda.Amin.

Share

Kisah Cuaca Panas Teruk

March 25th, 2011

Cuaca panas terik baru-baru melanda membawa impak yang besar kepada petani-petani dan penternak di negara kita ini apabila menjelang bulan januari hinggalah pertengahan bulan mac.Bermula daripada perubahan musim itu Allah SWT ingin menguji hamba-hambanya tentang erti kesabaran dan sentiasa mengingati akan kebesaran kuasa-Nya.Maka terjadi segala macam penyakit pada serai,buah pisang,petai-petai tak menjadi dan ayam-ayam kampung saya.

Walaupun segala cara dilakukan tetapi ia sudah menjadi ketetapan yang Maha Esa.Ayam-ayam kampung saya mati bergelimpangan dari hari ke hari sehingga kawasan reban ayam kampung licin bagaikan ‘padang jarak padang terkukur’.Telah di kuarantin,dibakar bangkai dan diberi ubat air tetap begitu.Adakalanya tak sampai sehari demam ayam-ayam kampung ini ia mati serentak.Penyakit yang dikenali sebagai sampar ayam.

Mungkin ia menjadi iktibar dan panduan untuk mempelajari lagi tentang ilmu menternak ayam kampung ini secara komersial.Semoga Allah mempermudahkan lagi perjalanan dan murah rezeki pada masa akan datang.

See more video

Share